Poliklinik Medigen adalah sebuah klinik perubatan swasta ditubuhkan pada tahun 2023. Rasionalnya poliklinik ini tidak lain adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk tempatan sekaligus melebarkan sayap dalam meluaskan bidang perniagaan yang diceburi ke seluruh Malaysia. Penglibatan secara aktif dari semua pihak sektor kerajaan dan swasta amatlah diharapkan sekaligus menjadikan jenama Medigen lebih dikenali dan menjadi sebuah poliklinik gergasi milikan penuh bumiputera yang lebih berwibawa, dinamik dan berdaya saing kelak yang mampu memberikan mutu Perkhidmatan dan perubatan yang terbaik buat rakyat Malaysia.